Assalamualaikum & Salam Malaysia Madani
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya serta kerjasama yang erat daripada seluruh warga Yayasan Pelajaran MARA merangkumi aktiviti dan pencapaian YPM sepanjang tahun dan ianya menjadi sumber pengetahuan serta rujukan yang berguna bagi semua ahli KReS. Terima kasih dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa KReS yang telah berusaha gigih dalam merancang, melaksanakan, serta memberikan sokongan yang tidak ternilai dalam memastikan kejayaan setiap program yang telah diadakan. Usaha berpasukan yang telah kita pupuk harus diteruskan dengan semangat yang lebih tinggi. Kerjasama yang terjalin antara kita adalah kunci untuk mencapai kecemerlangan organisasi dan memastikan setiap tugas dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Saya berharap kita semua terus bekerja sebagai satu pasukan yang berdaya saing, berintegriti dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kita. Dengan semangat yang ada, saya yakin kita dapat terus memajukan KReS dan Yayasan Pelajaran MARA dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan dedikasi yang telah diberikan, dan semoga setiap amal kita diterima sebagai satu sumbangan yang diberkati.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum & Salam Malaysia Madani
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di atas segala usaha dan komitmen yang luar biasa sepanjang tahun. Tanpa pengorbanan dan kerjasama semua pihak, setiap program dan aktiviti yang dirancang tidak akan dapat direalisasikan dengan jayanya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi saya peluang untuk terus memberikan sokongan dan perkhidmatan sebagai Penaung Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) ini. Ucapan tahniah dan syabas kepada Presiden Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang, serta kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang sentiasa berusaha gigih untuk melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada semua.
Saya percaya, dengan semangat dan komitmen yang telah ditunjukkan, Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) akan terus berkembang dan mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun-tahun yang mendatang. Harapan saya agar kita semua terus berganding bahu untuk menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan menjaga integriti dalam setiap tindakan.
Akhir kata, semoga kita dapat memperkukuh ukhwah dan mempereratkan silaturahim di kalangan kita semua. Hadapi setiap detik dengan penuh semangat dan tekad untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum & Salam Ukhwah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T.
Saya ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) atas komitmen dan usaha gigih dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan, serta menjayakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada warga YPM.
Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) merupakan badan yang berdaftar dengan rasminya, maka kita terus berusaha untuk memastikan setiap aktiviti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan memberi kesan positif kepada semua. Program dan aktiviti yang dianjurkan adalah platform untuk kita memperkasakan ukhwah dan membangunkan warga yang berkualiti, baik dari segi rohani mahupun jasmani.
Sebagai warga YPM, marilah kita terus menyemai semangat cinta kepada organisasi dan berusaha bersama-sama untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek. Semoga kita terus memperkukuh ukhwah sesama kita dan bersama-sama berusaha mencapai visi dan misi.
Sekian, terima kasih.