Selamat Datang ke Portal Rasmi Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM)
Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sebagai sebuah entiti berteraskan prinsip nonprofit organization komited melaksanakan inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR) dalam menyokong pembangunan masyarakat melalui program pendidikan, bantuan kewangan dan aktiviti kebajikan. Warga KReS YPM merupakan jentera penggerak utama yang melaksanakan dan merealisasikan setiap inisiatif ini di lapangan dengan fokus kepada pemerkasaan golongan memerlukan serta perluasan akses kepada pendidikan berkualiti secara inklusif dan berterusan. Ianya melalui kerjasama strategik penglibatan aktif yang memberi impak yang mampan, berkesan dan menambah nilai kepada kesejahteraan masyarakat.
Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sentiasa memberi penekanan terhadap kebajikan warganya melalui pelbagai inisiatif, bantuan dalaman serta penglibatan aktif dalam aktiviti sosial, rekreasi dan riadah. Usaha ini bertujuan memastikan kesejahteraan dan sokongan berterusan, di samping mewujudkan persekitaran yang prihatin, inklusif dan harmoni, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan serta meningkatkan lagi mutu kerja warga.
✨ KReS YPM — Aktif Berbakti, Komuniti Sejahtera ✨