pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memfokuskan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di peringkat sekolah. Bantuan yang diberikan bertujuan untuk mendorong peningkatan pencapaian akademik serta memberi motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang. Sumbangan yang disalurkan merangkumi peralatan persekolahan, kelengkapan asas serta bantuan kewangan, sekali gus membantu meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak.
Bantuan Persekolahan – Rendah & Menengah
Bantuan kewangan secara sekali bayar (one-off) diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Kadar maksimum adalah sebanyak RM300 bagi pelajar sekolah rendah dan RM500 bagi pelajar sekolah menengah.
Bantuan Persekolahan – NGO / Rakan Strategik
Pelaksanaan bantuan melalui kerjasama dengan pelbagai organisasi, institusi dan rakan strategik bagi menyediakan sokongan dalam bentuk kewangan, barangan atau peralatan yang diperlukan oleh pelajar.
Bantuan Persekolahan – Program Khas
Program bantuan hasil kolaborasi bersama pihak berkaitan yang diluluskan oleh pihak pengurusan atau Lembaga Pengarah YPM, melibatkan pemberian bantuan persekolahan mengikut keperluan semasa.
Bantuan Khas Persekolahan
Bantuan disediakan kepada pelajar, institusi atau pusat kebajikan yang terjejas akibat bencana seperti banjir, kebakaran atau kemalangan, sama ada dalam bentuk kewangan atau keperluan asas persekolahan.
Bantuan Persekolahan – Insentif
Penghargaan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM, serta pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang lain seperti sukan, hafazan dan sebagainya.
Memastikan SBP berfungsi sebagai sokongan utama kepada pelajar kurang berkemampuan agar mereka dapat meneruskan pendidikan sehingga tamat walaupun menghadapi kesukaran.
Menjadikan SBP sebagai pemacu kepada pembangunan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.
Mengukuhkan jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.
Meningkatkan keberkesanan pengagihan bantuan supaya lebih sistematik dan menyeluruh.
Memastikan setiap bantuan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasaran.
Menggalakkan warga kerja SBP untuk sentiasa terbuka kepada pembaharuan dan penambahbaikan.
Membudayakan sistem kerja yang cekap, pantas dan tepat dalam penyampaian perkhidmatan.
Memberi dorongan kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik.
Memastikan pelajar daripada pelbagai lapisan pendapatan, termasuk golongan pertengahan, tidak terpinggir.
Membantu pelajar kurang berkemampuan untuk terus kekal dalam sistem pendidikan sehingga tamat persekolahan.
Memberi sokongan moral dan bantuan kepada ibu bapa atau penjaga dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan anak-anak.