Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diperkenalkan sebagai satu inisiatif bantuan kewangan secara sekali bayar (one-off) bagi membantu pelajar yang menghadapi kekangan kewangan sepanjang tempoh pengajian di institusi pengajian tinggi.
Pelaksanaan SDEP yang diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bertujuan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih lancar tanpa tekanan kewangan. Selain itu, skim ini juga berperanan sebagai galakan kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik serta menamatkan pengajian dengan jayanya.
Menyediakan sokongan kewangan kepada pelajar Bumiputera yang berdepan kesukaran untuk meneruskan pengajian.
Memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan.
Memupuk sikap menghargai serta menghormati setiap bentuk sumbangan yang diterima.
Mengurangkan beban pelajar yang mempunyai tunggakan yuran pengajian.
Membantu pelajar yang tidak menerima sebarang biasiswa atau pinjaman pendidikan.
Memberi sokongan kepada pelajar yang menjadi mangsa penipuan atau ketidakadilan oleh institusi pengajian.
Menyediakan bantuan sara hidup kepada pelajar yang memerlukan.
Memastikan proses penyaluran bantuan dilaksanakan secara cekap, pantas dan tepat.
Kumpulan Sasaran (Pelajar)
Membantu menyelesaikan isu tunggakan yuran.
Mengurangkan risiko pelajar berhenti pengajian (dropout).
Meringankan kos keseluruhan pembelajaran.
Penyumbang
Layak mendapat pelepasan cukai pendapatan.
Melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.
Meningkatkan imej serta reputasi organisasi penyumbang.
Mendapat ganjaran dalam bentuk amal jariah.
Pemohon mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Telah menerima tawaran, mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.
Semua permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan YPM serta bergantung kepada ketersediaan dana semasa.