Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) merupakan badan yang berdaftar secara rasminya yang berteraskan komuniti yang memberi fokus kepada kesejahteraan, kebajikan dan pembangunan sosial warga YPM secara inklusif dan berterusan.
Berlandaskan prinsip bukan berasaskan keuntungan (non-profits), warga Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bertindak sebagai jentera bagi program CSR YPM yang menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti berkebajikan yang secara tidak langsung meningkatkan kesihatan fizikal, keseimbangan emosi serta hubungan sosial yang positif. Setiap program yang dilaksanakan adalah bertujuan memberi manfaat kepada komuniti tanpa sebarang kepentingan komersial.
Kelab Sukan, Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bukan sahaja memperkukuh hubungan sesama warga YPM, malah menyumbang kepada pembentukan komuniti yang lebih sihat, inklusif dan berdaya tahan. Inisiatif ini selari dengan aspirasi organisasi untuk memberi nilai tambah kepada masyarakat melalui penglibatan aktif dan berimpak.
Secara keseluruhannya, Kelab Sukan Rekreasi dan Sosial Yayasan Pelajaran MARA (YPM) mencerminkan komitmen dalam memperkukuh peranan sebagai organisasi yang bukan sahaja menitikberatkan urusan kerja berkaitan kecemerlangan pendidikan dan mewujudkan modal insan yang hebat, tetapi juga kesejahteraan komuniti dan impak sosial yang berpanjangan.
No. Pendaftaran: PPM0281429112018
SIJIL PENDAFTARAN ROS
✨ KReS YPM — Aktif Berbakti, Komuniti Sejahtera ✨