Bantuan kewangan segera kepada pelajar yang menghadapi kesulitan mendesak agar mereka dapat meneruskan pembelajaran tanpa gangguan.
Bantuan sekali beri untuk keperluan khas seperti bantuan bencana atau kecemasan bagi meringankan beban.
Sokongan berterusan kepada pelajar sekolah dalam bentuk bantuan asas seperti wang ringgit, beg sekolah atau kelengkapan pembelajaran.
Program bimbingan akademik tambahan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek teras melalui kelas tuisyen terancang.
Inisiatif penajaan individu kepada pelajar terpilih bagi membantu dari segi kewangan dan motivasi sepanjang tempoh pendidikan.
Bantuan kewangan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat kolej atau universiti bagi menampung kos pendidikan.
Program persediaan dan galakan kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke universiti melalui sokongan kewangan dan motivasi.
Program pendidikan asas Al-Quran yang memberi penekanan kepada kemahiran membaca, memahami dan menghayati Al-Quran