Bantuan Khas Persekolahan yang memberi fokus kepada pelajar, institusi pendidikan, organisasi kebajikan serta pusat komuniti yang terjejas akibat bencana atau musibah seperti kebakaran, banjir dan kemalangan.
Bantuan ini disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk kewangan, barangan keperluan asas, serta peralatan persekolahan bagi memastikan kesinambungan pembelajaran tidak terjejas. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, malah turut menyokong institusi atau pusat kebajikan yang terkesan agar dapat terus berfungsi dengan baik.
Selain itu, program ini bertujuan memberi dorongan dan motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik walaupun berdepan cabaran hidup. Sokongan yang diberikan juga secara tidak langsung membantu ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak, di samping memupuk semangat keprihatinan dan solidariti dalam kalangan masyarakat.
Melalui usaha berterusan ini, YPM komited untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada arus pendidikan akibat kekangan kewangan atau kesan bencana, sekali gus memperkukuh pembangunan modal insan negara.
Memastikan skim ini berfungsi sebagai sokongan utama kepada pelajar yang memerlukan, khususnya dalam situasi kecemasan dan luar jangka.
Menggalakkan pembangunan potensi pelajar melalui bantuan yang menyokong kecemerlangan akademik dan sahsiah.
Memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memperluas impak bantuan pendidikan.
Menjamin penyampaian bantuan yang cekap, telus dan berkesan kepada kumpulan sasaran.
Memastikan setiap bantuan yang diberikan memberi impak bermakna kepada penerima.
Membudayakan inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan pengurusan skim.
Mengamalkan sistem penyampaian yang pantas, tepat dan berintegriti.
Memberi rangsangan kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik.
Memastikan pelajar daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi mendapat sokongan sewajarnya.
Membantu pelajar yang kurang berkemampuan agar dapat meneruskan persekolahan tanpa halangan.
Memberi sokongan moral dan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak.